Halfmoon Betta
Karin bulan boleh dilihat terus kepada ekornya, karin ini mempunyai ekor yang benrtbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan 180 darjah. Jenis nie memang tak jarang lagi kat ,Malaysia .
Karin Matahari / Crowntail Betta
Yang nie memang jelas terlihat pada ekor ikan.Orang putih menggelar ikan nie crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya karin matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.
Karin Plakat / Plakat Betta
Ikan laga nie boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat juda datang dalam bentuk halfmoon dan crowntail (yang biru) . Plakat nie mempunya ekor yang membulat berbeza dengan HMPK.
Halfmoon Plakat (HMPK)
Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon seperti gambar diatas.(admin paling suke yg nie.)
Karin ekor double / Double tail betta
Mempunyai ekor yang berbelah dua. Juga datang dalam banyak bentuk iaitu Halfmoon, Crowntail,Veiltail dan Giant.
Karin VT / Veiltail Betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas.
Karin gergasi / Giant Betta
Karin nie datang dalam banyak jenis dan mudah dikenalpasti.Saiz ikan nie 2 kali ganda besar dari ikan normal. Ikan laga pertama terbesar ditemui di*admin x ingt tmpt tu* pada 90-an dulu. Dan kini dikacuk dengan banyak jenis dan terdapat dimerata-rata tempat.
Karin big ear@elephant ear / Elephant ear betta
Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.
Karin Delta n SuperDelta / Delta n SuperDelta Betta
Karin Delta mempunyai ekor yang panjang berbetuk bulat dan SuperDelta mempunyai ikan yang sama tapi lebih besar 160-179 darjah. Kebanyakan jenis nie hujung ekor bentuk bulan berbeza dengan halfmoon.
Karin Combtail / Combtail betta
Ekor kelihatan seperti karin matahari tapi berbentuk jarum yang lebih kecil, berbentuk seperti sikat (comb) .
Karin ekor panjang / Longtail betta
Ikan laga nie ade ekor yang panjang seperti gambar. Berbeza dengan ekor veiltail.
Karin bunga / Rosetail betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.
Karin Feather tail / Feather tail betta
Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather)
Karin Spadetail / Spade tail Betta
Ikan nie ade ekor yang bermuncung tajam berbentuk seperti penyodok (spade) .
Karin rountail / Roundtail betta
Karin nie mempunyai ekor yang bertbetuk bulat seperti gambar diatas.